DAPUR UMI
bolg ni untuk kongsi resepi dan untuk rujukan masa hadapan
Tuesday, March 29, 2011
Friday, February 25, 2011
Wednesday, February 23, 2011
TOPPING CREAM CHEESE
ah! nama pun baru nak bermula terlupa pulak nak kongsi resepi cream cheese ni untuk topping carrot cake tadi... tulisan pun berubah dah ...maaf la ya saya budak baru belajar.....tengah nak menaip ni dalam kepala dok fikir nak masak apa tengahari ni......
bahan-bahan:-
250 gm cream cheese ( dibiar pada suhu bilik)
125 gm gula icing (diayak dulu)
100 gm butter ( apa-apa jenama pun)
1sudu teh vanilla atau perahan lemon jus...
cara-cara:-
- pukul cream cheese bersama butter hingga sebati..
- masukkan icing sugar pukul lagi
- masukkan pula lemon jus/vanilla pukul sehingga kembang
- setelah kek tadi masak dan sejuk boleh sapu pada kek tadi....
NAK JADI BOLOGER MASAKAN HE..HE..HE
tengok blog-blog masak kat dalam internet la yang buat aku nak ada bolg masak sendiri. dulu masa zaman belum khawin ah mak suruh masak malas ...dah khawin dapat suami macam aku x suka makan kat luar ah padan muka..kena la masak..
blog aku ni untuk resepi yang aku dah cuba buat ...boleh tengok kalau sudi....tak sudi tak jadi kudis pun. gambar pun ambik guna kamera handphone je x cantik macam blog org lain. nak update tiap hari-hari rasa nya tak dapat buat macam orang lain. tapi aku akan cuba jugak...mana tahu blog ni boleh meletop macam blog mat gebu, 1001 resepi, dan blog masakan yang lain insyaallah..mudah-mudahan...amin..
hari ni aku mula kan cerita masak aku ni blog ni.. hubby pun bagi galakkan....apa-apa pun nanti boleh lah aku kongsi resepi disini.....
CARROT CAKE
pertama kali buat carrot cake ni tahun lepas main buat je hmm....pas masak dalam nya kering rujuk kat dalam majalah je pas tu buat..kali ni nak cuba ikut resepi dari internet.alhamdullilah la ada kaedah baru...kukus carrot sekejap untuk lembut......rasa sedap tp maklum la nak belajar... masa aku buat topping tu mcm tak jadi tapi cuba buat jugak anak2 kata sedap walaupun rupa x menarik....x apa la janji habis....resepi carrot cake
bahan-bahan:-
200 gm lobak merah diparut (dikukus sekejap utk lembut)
250 gm tepung gandum
200 gm gula perang (saya guna 170 gm je)
200 gm minyak jagung
70 gm badam cincang/serbuk badam (saya guna walnut)
70 gm kismis cincang
4 biji telur
2 sudu tea baking powder
1 sudu tea soda bikarbonate
sedikit serbuk kulit kayu manis/serbuk buah pala
optional :-
3 keping nanas dalam tin dihiris/kuib atau guna
150 gm nanas dalam tin
cara-cara:
bahan-bahan:-
200 gm lobak merah diparut (dikukus sekejap utk lembut)
250 gm tepung gandum
200 gm gula perang (saya guna 170 gm je)
200 gm minyak jagung
70 gm badam cincang/serbuk badam (saya guna walnut)
70 gm kismis cincang
4 biji telur
2 sudu tea baking powder
1 sudu tea soda bikarbonate
sedikit serbuk kulit kayu manis/serbuk buah pala
optional :-
3 keping nanas dalam tin dihiris/kuib atau guna
150 gm nanas dalam tin
cara-cara:
- campur kan semu bahan-bahan kering tepung, baking powder, soda bikarbonate & serbuk kayu manis
- pukul telur dan gula perang hingga kembang masukkan pula minyak jagung pukul hingga sebati. selepas itu masukkn pula telur satu persatu.
- masukkan bahan-bahan kering tadi bersama dengan lobak merah, nanas dan jugak kismis. Gaul hingga kesemua bahan sebati
- gris kan loyang dengan margerin bakar selama 40-50 minit pada suhu 170.
Subscribe to:
Posts (Atom)
